Thursday, January 22, 2009
Jadual Persekolahan
11:19 PM | Posted by
Noorhisham |
Edit Post
Waktu kita jadi murid dulu, cikgu akan tulis jadual di papan hitam, (walaupun hijau), dan kita akan menyalinnya. Sikit pun tak salah faham dan belum pernah terjadi akan hal yang demikian. Namun kini, atas inisiatif guru nak bantu anak murid, guru sekolah telah print siap-siap jadual persekolahan.
Namun, ada sikit masalah. Bila nama mata pelajaran itu di ringkaskan dan tidak pula diberikan maknanya dibawah. Contoh P. Mata pelajaran apa tu. Bagi tahap 2 OK lah, dia sudah maklum, bahawa itu perhimpunan lah. Namun ada lagi T, PS, dan PJ.
Saya mengandaikan T itu Tasmik dan kalau PJ itu Pendidikan Jasmani lah. Ada murid sekolah ini yang mak ayah mereka orang Indonesia, mereka berhadapan dengan masalah ini. Buku apa katanya nak letak dalam beg anak mereka ni, mata pelajaran PJ? Saya harap perkara ini boleh di ubah untuk masa akna datang. Supaya tidak menjadi masalah bagi ibu bapa.
Kerana pengalaman saya ketika di Vietnam, isterinya saya menghantar sms bertanyakan apa itu PJ dan PS. Nasib baik saya guru, boleh lah jawab. Tapi bagaimana lah gamaknya kalau orang kampung?

Suasana Hari Pertama
4:04 AM | Posted by
Noorhisham |
Edit Post
Saturday, January 3, 2009
Selamat Pengantin Baru Ustaz Suzrie
11:14 PM | Posted by
Noorhisham |
Edit Post
04 Januari 2009. Seorang guru agama Sekolah Kebangsaan Bangi sempat melangsungkan majlis perkahwinan beliau hari ini dihalaman rumahnya di Rinching Hilir. Beliau Ustaz Suzrie bin Khosim bertemu jodoh dengan seorang doktor.
Kelihatan ramai kelibat kenalan dan guru yang hadir termasuk PAR sekolah iaitu En.Tumirin bin Yatim. Kepada Ustaz Suzrie dan pasangan, kami doakan hidup bahagia, hingga ke akhir hayat, menyambung warisan dunia dengan zuriat yang soleh dan solehah. Penulis sempat bertemu dengan Cikgu Faizan dan keluarga, cikgu Asnah,Ustazah Nurmi, Cikgu Zulhaimi, Cikgu Zamilah dan suami, Ustazah Lasminah dan keluarga, mantan AJK PIBG dan ramai lagi.
Thursday, January 1, 2009
Hari Pertama 2009
10:28 PM | Posted by
Noorhisham |
Edit Post
02 Januari menyaksikan sekali lagi SK Bangi menerima ledakan murid. Kalau tahun 2008 hanya 1,700 orang murid, namun kini mencecah 2000 orang lebih. Hari ini ibu dan bapa datang mendaftarkan anak mereka tahun satu. Hingga kini kelas tahun satu mencapai 11 buah.
Proses penyaringan akan diadakan sekali lagi. Dimana semua murid tahun satu akan menghadapi ujian. Hasil ujian ini mereka akan dibahagikan kepada kelas yang sebenar. Berikut beberapa catatan yang sempat lensa syber shoot merakam detik-detik sejarah 02 Januari.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Komen
Borang Cadangan
Maklumat Laman Web Sekolah
Terima Kasih atas kunjungan anda. Web ini baru dibaik pulih setelah dimasuki virus beberapa bulan yang lalu. Kami telah mengganti dari sistem php ke sistem blog.
Klik sini ->Blog Cikgu NoorhishamLawati dan Ikut Bergabung di Facebook SKB
Klik Here http://www.facebook.com/skbangijer
Followers