Taklimat ke Sekolah Asrama Penuh
BANGI. 01 September 2010. Pihak pengurusan SK Bangi hari ini menyampaikan taklimat khas berkenaan kemasukan ke sekolah asrama penuh kepada murid-murid tahun 6. Semua murid telah mendapat salinan kertas Panduan Permohonan ke Sekolah Asrama Penuh. Terdapat 59 buah sekolah berasrama penuh yang boleh di masuki oleh murid-murid.
Sementara itu, berita gembira buat murid tahun 6, kesemua mereka akan disalurkan ke Sekolah Menengah Bandar Sri Putra tahun 2011. Jarak perjalanan yang dekat boleh menjimatkan kos persekolahan, dan urusan memantau oleh ibu bapa serta jiran dapat dilakukan. Selama ini terdapat murid yang ke sekolah menengah, mereka tidak masuk kelas, bahkan memonteng tanpa sepengetahuan ibu bapa mereka.
Guru Bimbingan turut berpesan, jika ada yang ingin ke sekolah menengah agama, banyak sekolah di Timur dan Utara tanah air menyediakan suasana pembelajaran yang baik. Tahun lepas pun, ramai juga pelajar perempuan yang berminat untuk ke sekolah agama.
Manakala besok (2/09/10) adalah program solat hajat, semua murid diwajibkan hadir bermula jam 6.30 petang. Majlis berbuka puasa juga diadakan serentak.
Sambutan Bulan Panitia Agama Islam
Berikut sedutan gambar yang sempat dimuat naik. Paparan Video juga turut dimuatkan, anda boleh menontonnya sedikit masa lagi.
Noorhisham Hamzah
Bantu Diri Untuk Berjaya
1. Yang pertama jiwa kamu hendaklah keras, mempunyai semangat yang kuat dan keras untuk berjaya.
2.Bantulah juga dengan pemakanan, kerana kita memerlukan bantuan tambahan untuk menajamkan otak.
Hindari pelbagai masalah dengan rakan. Cuba bertenang, jangan bertindak melulu, kelak akan menyesal, kalau nak marah pun, periksa lah dulu, jangan terus tuduh dan pukul kawan, akhirnya bila soal siasat, ternyata bukan dia yang jatuhkan beg kita, tetapi jatuh sendiri.
Lawatan ke Rumah Murid
Sambutan Bulan Patriotik
Saksikan...
Terima Kasih atas kunjungan anda. Web ini baru dibaik pulih setelah dimasuki virus beberapa bulan yang lalu. Kami telah mengganti dari sistem php ke sistem blog.
Klik sini ->Blog Cikgu NoorhishamLawati dan Ikut Bergabung di Facebook SKB
Klik Here http://www.facebook.com/skbangijer