Tahniah SKB : UPSR
Maklum Balas dari Ibu Murid
Terima kasih cikgu di atas maklumat yg sungguh bermakna. Kerjasama dari cikgu amat saya hargai.
Namun, saya serahkan kepada budi bicara cikgu dan pihak sekolah. Terima kasih.
Bahan Masukan Mesyuarat PIBG
1 NOVEMBER 2008. BANGI SK Bangi. Satu mesyuarat AJK PIBG telah di adakan seusai tamatnya program gotong-royong. Terima kasih kepada semua ibu dan bapa, juga hadirin yang telah sudi hadir untuk membantu menceriakan sekolah ini yang telah berusia 84 tahun.
Berikut saya siarkan beberapa isi mesyuarat yang saya kira boleh untuk dikongsi bersama. Maklum anda diluar yang tidak berstatus AJK tidak dapat mengikuti secara langsung mesyuarat ini. Namun saya tahu, anda juga seorang yang hebat bahkan kadang-kadang ada parents yang lebih hebat dari guru-guru dan Ajk sedia ada, Cuma belum terpilih sebagai anggota PIBG. Tidak mengapalah, namun sumbangan anda berupa idea dan keringat serta wang ringgit tetap dihargai.
RESULT UPSR
Kemungkinan besar keputusan UPSR tahun ini boleh di ketahui selewatnya 13 November 2008 iaitu pada hari Khamis. Anda yang suka merakam detik indah, jangan lupa bawa kamera, kalau belum ada kamera dan berhasrat nak beli, eloklah beli yang SLR punya, walaupun sedikit mahal, tetapi berbaloi. Kenapa saya kata demikian, sebabnya pada hari tersebut, bermacam ragam mak ayah dan anak-anak kita yang dapat 5A dan 4A boleh kita lihat berlaku secara semulajadi. Dan detik itu tidak akan berulang lagi walau seribu tahun akan datang. Tangisan kegembiraan mereka memberi satu semangat baru yang luar biasa kepada kita semua.
TUISYEN MALAM
Kemungkinan juga tahun depan kelas tambahan akan di adakan pada waktu malam, selama 2 malam pada hari persekolahan. Perkara ini akan dibincang pada mesyuarat dengan ibu bapa murid Tahun 5, dimana mereka akan meningkat ke tahun 6 pada 2009.
Perjumpaan dengan ibu bapa akan dipercepat ke tahun ini, tidak sebagaimana biasa, kita adakan pada bulan 1, 2 dan 3. Ini kerana, memandangkan banyak perkara yang perlu kita bincang dan buat keputusan segera untuk tindakan pada tahun hadapan.
SURAU
Wang terkumpul dalam simpanan sebagaimana yang dilaporkan oleh bendahari PIBG bagi tujuan surau ialah RM3,000.00. manakala di tangan Cuma RM1,000.00. baki yang lain telah pun diguna untuk keperluan tertentu berkaitan pembinaan surau juga. Setakat ini, pihak sekolah tidak boleh membuat kutipan rasmi, ini kerana plan secara terperinci yang dikehendaki oleh pihak atasan belum siap. Kalau nak siapkan plan itu kena bayar dulu RM5,000.00. sekarang yang dah ada RM4,000. Berbaki RM1,000 lagi. Lepas ni, kalau plan tersebut dah seatle, kita boleh buat pungutan rasmi. Saya rasa tuan-puan yang membaca laporan ini boleh memanjangkan hasrat ini, terutama untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000 lagi.
Ada AJK bertanya, kenapa susah sangat? Surau Sri Putra dah siap pun? Guru Besar menjawab, ini kerana mereka (pihak berkuasa) telah menggazetkan bahawa bangunan surau ini milik sekolah, jadi mereka tak mahu kerja kita separuh jalan. Lainlah kalau surau ini diambil alih oleh pihak JKR.
BUKU TEKS.
Murid-murid telah pun di arahkan menghantar buku teks tahun ini dan mengambil buku teks untuk tahun depan pada minggu depan juga. Sesiapa yang tidak hadir ke sekolah dalam minggu-minggu terakhir ini, kemungkinan besar kalau tak cukup buku, mereka lah yang akan menerima nasibnya. Jadi mohon, untuk mengelak masalah tak dapat buku teks, sila hadir pada minggu-minggu terakhir ini. Dan sila jaga buku tersebut dengan baik, banyak buku kelihatan masih baru nampaknya tadi. Bagi yang hilang buku, mereka kena ganti buku baru atau bayar mengikut harga buku tersebut.
PERPINDAHAN KE SK SRI PUTRA
Seramai 800 orang murid yang beralamat di Sri Putra dan Bukit Mahkota dicalonkan sebagai murid yang bakal berpindah ke sekolah pertama RMK 9. Namun tidak dapat dipastikan, apakah sekolah itu benar-benar boleh beroperasi pada Januari 2009. Kita tunggu saja. Yang pasti hanya tahun 1 hingga tahun 5 sahaja yang akan memulakan belajar di sana.
Sementara itu, SK Bangi pula terpaksa meminda jadual sesi persekolahan anak anda. Ini berikutan untuk menyesuaikan dengan mata pelajaran J-Qaf. Tahun 1,2 dan 3 akan belajar pada sesi petang, manakala 4, 5 dan 6 akan belajar di sesi pagi.
MASALAH DISIPLIN
Tidaklah ada perasaan malu yang besar untuk berkongsi cerita pasal disiplin murid. Saya sebagai guru bimbingan dapati, mereka yang terlibat ini bukanlah murid yang tak baik, Cuma mereka nakal sikit. Biasalah tu, sekolah mana pun ada. Seramai 12 orang murid didapati mencoba hisap rokok dikawasan sekolah. Mereka telahpun dipanggil oleh guru disiplin, dan sebagai tindakan susulan, pihak sekolah akan memanggil ibu dan bapa, untuk memaklumkan sahaja perkara ini. Jangan pula marah pada anak, mereka sebenarnya bukan nak merokok, tapi kawan yang ajak. Saja cuba-cuba try test. Rasanya pihak sekolah perlu menyampai hal ini pada ibu dan bapa. Andai ada yang tidak terima dan marah-marah, itu kita tak ambil pusing lah. Kita bersedia untuk itu.
OK lah, saya harap tuan puan yang baca laporan ini boleh buat sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat dan panjang umur. Amin
http://norish77.blogspot.com
http://sekolahkebangsaanbangi.blogspot.com
Penantian Bertahun
SK BANGI. Semenjak tahun 2005 saya menghubungi pihak bomba memohon agar keselamatan sekolah ini di tingkatkan khususnya berkaitan alat pemadam kebakaran. Pihak BOMBA dari Balai BOmba Bangi datang membuat operasi memantau keadaan sekolah. Ternyata di bawah garis sekolah selamat.
Namun tidak ada ada kuasa pihak mereka untuk mengubah apa yang berlaku. Hanya sekeping surat yang dilampirkan kepada PPD Daerah Hulu Langat. Dalam masa 2 bulan kalau tak salah, dari tarikh surat itu, pihak BOMBA boleh menyaman PPD kerana kecuaian menguruskan hal ini.
Namun sayang..sakali lagi ianya bukan bidang kuasa pihak sekolah...
Usaha Mengekalkan Kebersihan Tandas di SK Bangi
Namun untuk di SK Bangi, pada 1 November ini, kalau tidak ada halangan, satu mesyuarat AJK PIBG akan di adakan. Masukan, input, dari tuan-tuan perlu kalau sudi memberi. Pada kami, satu cara untuk menghilang pemandangan lama ialah cat baru dan pasang mosaic. Mungkin
Disini, perlunya kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru untuk melestarikan tandas yang ada. Pernah terjadi, tandas tersumbat, gara-gara dimasukkan sampah ke dalam nya. Dan ada juga baju dan seluar dalam yang terjatuh ke dalam mangkuk, gara-gara tidak adanya tempat
Apa pandangan anda?
Uji Berterusan Dalam Hidup Insan
Beliau yang baru menerima cahaya mata pertama telah dilawati oleh beberapa orang guru. Guru-guru menyedari kekalutan emosi yang terpaksa dihadapi dan memahami apa yang berlaku, doa kami dari seluruh warga SK Bangi, semoga Cikgu Rubi tetap bersabar dan Tuhan menggantikan yang lebih baik secepatnya. Dia sangat mendengar keluhan hamba-Nya dan sedang mendengar rintihan hamba-Nya. Radiallahu Anhum wa radhu anhu.Redha Allah ke atas mereka dan mereka pun redha pada (takdir) Allah Taala ke atas mereka. Mudah-mudahan Cikgu Rubi termasuk dalam ayat ini. Amin Ya Rabbal Alamin
Cadangan
Pompuan Jadi Lelaki
Buletin Siri 12
Baki lagi, kalau belum jugak pandai dan hebat, itu maknanya kena tambah lagi. Bukan ilmu itu yang tak berguna. Macamlah kita pergi kem motivasi, balik-balik perangai gitu-gitu jugak, itu juga petanda kena pergi lagi. Bukan kem yang tak betul, tapi diri kita belum dapat hidayah untuk berubah.
4 Golongan Manusia. Sebut pasal berubah, saya ada banyak cerita. Ada orang nak berubah tapi tak berubah-ubah jugak. Itu satu fesyen. Ada pula yang menunggu perubahan datang dari orang lain, kawan ke, suami ke, guru ke dan macam-macam. Itu yang kedua. Dan yang ketiga orang yang memang tak mahu berubah langsung. Dia telah mengunci dirinya dengan pendapatnya sendiri, rasa sudah bagus, rasa sudah hebat. Yang keempat, dia berubah disebabkan takdir dan hidayah Tuhan.
Yang pertama tadi nak berubah tapi tak jugak berubah, itu tandanya dia belum kuat. Keinginannya macam hangat-hangat tahi ayam. Jatuh sedepuk, panas sampai ke semen, kejap lagi dah sejuk pulak. Orang macam ini sebenarnya susah nak berjaya dalam hidup. Dia atur rancangan nak kan berjaya, tapi tak di ikut pun rancangan itu, lebih suka ikutkan hati dan perasaan. Dia ni nak kena dikawal 24 jam baru nak jadi baik. Alah...susah la macam ni, nak ke ada body guard.
Ada murid yang belajar kerana dipaksa oleh ibu dan bapa. Bukan lahir kehendak sendiri. Bila mak ayah dia sibuk, mulalah dia main play station, tengok TV, sms dan macam-macam. Semua kerja sekolah terbengkalai. BM tak siap, matematik tak sudah, Sains tertinggal, muzik terlupa. Padahal dia sibuk dengan urusan peribodi.
Bila cikgu tanya mana buku, apa dia jawab, tertinggal cikgu. Eh, orang zaman sekarang tak mainlah alasan tertinggal, tak buat lah tu.., lain kali cakap je nenek kat rumah tengah buatkan, kejap lagi nenek saya sampai, ha...baru standard kita punya alasan. Saya jumpa banyak ke macam ni.
Yang kedua, orang yang menunggu perubahan dari orang lain. Semua orang perlu sedar, bahwa tidak ada orang dalam dunia ini yang boleh merubah diri kita, kecuali diri kita sendiri.
Kita tak pernah senyum pada orang, tapi kita nak kan orang senyum pada kita. Bukan setakat tu je, kita marah-marah pulak pasal orang tak senyum. Oii, kita dulu kena senyum. Kita dulu kena bagi salam, baru orang jawab. Kalau kita senyum lebar sampai rapat ke telinga, tapi dia buat dek je, hah, tak usah lagi senyum pada orang gini, memang dia lahir dulu pun tak senyum dan kedekut senyuman. Takut kita nak pinjam duit seposen dengannya.
Janganlah mengharap perubahan dari orang lain. kalau isteri tunggu pimpinan dari suami. Kalau murid tunggu dari guru. Kalau suami meninggal gimana? Kalau guru tak ada camne? Orang macam ni, lambatlah jugak nak berubah.
Manakala golongan ketiga, dia mengunci diri untuk tidak berubah. Dia rasa dia dah baik dan hebat sangat.
Apa kita lupa pada sejarah, Nabi Nuh A.S, bukankah dia seorang Nabi lagi Rasul, tapi anak dan isterinya berdegil tak mahu ikut nasihatnya. Padahal Nuh itu seorang Nabi lagi. Bukan calang-calang manusia.
Nabi Muhammad, Nabinya orang Islam dulu, kini dan selamanya, puas beliau dengan pelbagai gaya dan approach, mat saleh kata pendekatan, nak kan supaya bapa saudaranya masuk Islam, tak banyak pun, sikit jadilah. Berjayakah Muhammad? Sampai mati Abu Talib tak mahu ikut Nabi. Padahal juru dakwahnya bukan juga calang-calang manusia. So, kalau manusia seperti ini dia tak kan berubah. Inilah manusia yang sombong namanya.
MANUSIA PILIHAN. Ada manusia yang dikasihi Tuhan, diberiNya pelbagai cubaan dan ujian, dia faham bahawa ujian itu adalah bahasa Tuhan padanya supaya dia berubah. Lalu dia pun berubah. Semakin hari bertambah rajin beribadah dan semakin maju dalam agama.
BANGGA MASUK NERAKA. Inilah manusia yang baik. Dia terima bimbingan langsung dari tuhan. Tapi ada juga manusia yang tak pernah sembahyang, Tuhan berikan dia sakit, kemalangan yang hampir-hampir mencabut nyawanya, sampai dia sedar bawah dia sudah pun hampir maut. Tapi tak jugak jadi baik. Manusia sebegini adalah orang yang sangat bebal, degil dan tak nak perubahan. Dia bangga buat maksiat, dan bangga pula agaknya bila dapat masuk neraka. Dia tak pula mencari idea untuk berubah, ”maintain” je manjang.
KATA Nabi, kalau seorang manusia sudah sampai usia 40 tahun, tapi masih juga tak berubah (sembahyang) dia memang takkan berubah. Hah, ini balasan tuhan di dunia pada orang yang degil, hatinya dipateri dengan kekufuran. Hidayah tak boleh masuk. Ada tulisan no entry kat luar hatinya.
TAPI golongan yang keempat ni, memang jarang ada. Bertuah kita kalau dapat hidayah langsung dari tuhan.
SAYA ada satu kisah menarik, yang dikutip dari buku 62 Wali. Seorang sufi bernama Sufian As-Sauri, seorang saudagar emas, pada suatu hari beliau pergi ke istana raja untuk bertemu Tuanku. Waktu itu raja sedang sibuk untuk berangkat ke suatu tempat. Lalu seorang menteri mengajak Sufian ke lokasi yang sama. Rupanya tempat yang dituju adalah kawasan perkuburan. Disitu ada kubur anak raja tersebut.
SUFIAN memerhatikan acara berikut, segerombolan askar masuk, mengeliling kuburan, berkata sesuatu lalu keluar, kemudian masuk rombongan ahli ilmuan, macam tadi juga, seterusnya masuk pula ahli tabib, bomoh dan pawang yang hebat, kemudian masuk pula gadis-gadis yang cantik jelita dan akhir sekali tuanku dengan kerabat terdekatnya.
KEHAIRANAN Sufian, lalu bertanya pada menteri, apa semua ini. Menteri itu menjawab, Raja ini mempunyai seorang anak yang sangat lawa lagi berani, tetapi meninggal dunia akibat satu penyakit. Acara ini adalah acara rutin setiap tahun. Rombongan askar tadi masuk, mengeliling kuburan dan berkata, kiranya kekuatan tentera kami dan kehebatan senjata kami boleh menolongmu, pasti kami akan menolongmu, tapi apakah daya, kami tak berdaya. Lalu keluar.
Manakala para ilmuan pun begitu, mereka berkata, andai saja ilmu kami dapat menyelamatkanmu, pasti kami akan menolongmu dari maut, tapi apakan daya kami.
Sementara ahli tabib, bomoh dan pawang pula berkata, andainya kehebatan ilmu kami boleh membantumu, pasti akan kami lakukan, tapi apakan daya. Tiba giliran gadis-gadis cantik pula masuk, kiranya dengan kecantikan kami dapat menyelamatkanmu dari kematian, pasti kami akan lakukan, tapi apakan daya. Maafkan kami.
Terakhir sekali raja sendiri yang masuk, sesudah berkeliling, raja pun berhenti dan berkata, wahai anakku, andai ada yang boleh menyelamatkan nyawamu, ayah pasti akan lakukan dengan apa cara sekalipun, tapi apa akan daya. Kami sudah berusaha dengan segala usaha yang ada. Namun takdir tuhan lebih dari segalanya.
PERISTIWA ini sungguh membuatkan Sufian tersentak. Lalu dia pun meninggalkan kerjanya sebagai saudagar dan mula mengasingkan dirinya dari manusia ramai. Beliau mendekatkan diri dengan Tuhan dan sentiasa bersedia untuk mati. Ibadahnya semakin bertambah, hatinya semakin khusyuk dan jiwanya semakin lembut. Apatah lagi perangainya.
Orang seperti Sufian ini tak mudah kita cari. Tapi kita boleh jadi macam beliau. Anggaplah takdir tuhan sebagai bahasa Tuhan pada kita. Tengoklah jam kat dinding rumah kita, tak pernah pun ia berhenti berdetik, tak pandai dia nak ponteng atau kata tertinggal jarum atau terlupa atau mengantuk. Sedangkan jam itu hidup hanya untuk seketika saja di dunia ini.
Tapi malang bagi diri kita kalau tidak mahu berubah, sebab kita akan hidup lebih lama bahkan tidak akan mati lagi selepas dihidupkan kali kedua nanti.
Justeru, buletin kali menyeru agar semua pembaca memahami bahawa perubahan itu adalah perlu, kebaikannya untuk kita jua.Ingat di akhirat ada 2 tempat yang berbeza. Satu syurga dan satu neraka. Buatlah pilihan sekarang. Dalam hidup ini pun begitu, satu berjaya dan satu GAGAL. Sekarang...Up to You. Mana satu mahu mu, bertindaklah segera sebelum terlambat kerana masa tidak akan menunggu mu.
Wassalam.
Bar Code
HARI PERTAMA BEKERJA 2008
Saya bertanya kenalan yang hantar anak ke sekolah, ada tak buka blog saya? Blog mana? Alah yang saya kasi dalam Buletin Bimbingan tu....ye ke tak perasan la...ha ah tak baca la tu..Saya minta masa sikit la dari parent untuk baca buletin tu, ada mesej yang saya nak sampaikan pada anda, contoh ciri-ciri pelajar yang cemerlang, pengurusan masanya, malam kena buat kerja sekolah, mak ayah yang baca dia pun tegur la anaknya pasal apa tak buat kerja sekolah.Kan cikgu Hisham dah sebut dalam buletin? Ha....begitu la maksud nya...tapi kalau saya sorang yang sebut, tapi tuan-tuan tak tengok....entah la nak cakap apa...
OK la....mohon masa sedikit untuk baca walau sekali saja.Salam hormat dari saya. JUmpa Lagi
Terima Kasih atas kunjungan anda. Web ini baru dibaik pulih setelah dimasuki virus beberapa bulan yang lalu. Kami telah mengganti dari sistem php ke sistem blog.
Klik sini ->Blog Cikgu NoorhishamLawati dan Ikut Bergabung di Facebook SKB
Klik Here http://www.facebook.com/skbangijer