Tuesday, November 4, 2008

Maklum Balas dari Ibu Murid


Terima kasih cikgu di atas maklumat yg sungguh bermakna. Kerjasama dari cikgu amat saya hargai.

Saya cuma ingin membuat teguran tentang pengawal keselamatan lelaki (saya tak pasti berapa orang pengawal lelaki yang dilantik oleh pihak sekolah) yg merokok secara terbuka pada pagi 3 Nov 2008 pukul 7.20 pagi. Ketika itu, saya menghantar anak saya ke sekolah dan sungguh terkejut dengan 'keterbukaan' yang telah ditunjukkan oleh beliau. Pada masa tersebut, beliau berdiri di luar pagar sekolah setentang dengan pos pengawal. Saya juga terfikir, adakah kerana dia merokok di luar kawasan sekolah, ianya boleh dimaafkan. Kebetulan, pada masa tersebut trafik sungguh sibuk dengan ibu bapa yg menghantar anak masing2, van dan bas sekolah juga lalu lalang. Saya rasa tidak manis anak2 kita melihat tingkah laku pengawal keselamatan tersebut.

Namun, saya serahkan kepada budi bicara cikgu dan pihak sekolah. Terima kasih.

1 comments:

Norish @ Afraima said...

Terima Kasih atas laporan (saya kira), perkara ini sebenarnya apabila melibat orang lain dari warga sekolah, ianya agak sedikit rumit, JAGA bukan bekerja dibawah sekolah sebenarnya, tapi di bawah arahan syarikat mereka.

Biasanya kalau ada masalah, guru besar akan beritahu pada penyelia mereka. Dan jarang secara langsung.

Nanti saya bawakan hal ini ke pihak terbabit.

Sekali lagi, Terima Kasih

Komen

Maklumat Laman Web Sekolah

Terima Kasih atas kunjungan anda. Web ini baru dibaik pulih setelah dimasuki virus beberapa bulan yang lalu. Kami telah mengganti dari sistem php ke sistem blog.

Klik sini ->Blog Cikgu Noorhisham

Lawati dan Ikut Bergabung di Facebook SKB

Klik Here http://www.facebook.com/skbangijer
Followers