Thursday, February 26, 2009

Mesyuarat Agung PIBG SK Bangi

Dalam keadaan cemas tahun ini, SK Bangi sedang mengatur perancangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG, tetapi satu cabaran besar pula berlaku, dimana sekolah terputusan bekalan elektrik. Ini kerana kemungkinan berlakunya lebihan kuasa yang masuk, atau disebabkan hal lain. Disebabkan hal ini, anak-anak kita belajar dalam suasana yang memang kurang selesa.

Semalam guru besar telah melapurkan pada pihak TNB dan mengambil beberapa tindakan yang sepatutnya. Kini pihak sekolah terpaksa berfikir 2 hal, satu persediaan mesyuarat dan kedua bagaimana supaya hari tersebut yakni 2 hari lagi, tenaga elektrik dapat dipulihkan
Sunday, February 15, 2009

Guru Bimbingan SK Bangi


Puan Nur Farizan binti Mahmud merupakan salah seorang dari 4 orang guru bimbingan Sekolah Kebangsaan Bangi.
Sunday, February 8, 2009

Agihan peruntukan PIBG berdasarkan bilangan murid

SUDUT PENCEGAHAN DADAH

KENINGAU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini menjelaskan agihan bantuan kewangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah adalah berdasarkan kepada bilangan murid.

Katanya, kaedah pengagihan bantuan kewangan kepada PIBG bagi sekolah di luar bandar dan bandar adalah sama seperti dahulu.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa sekolah-sekolah yang berada di pedalaman dan mempunyai bilangan murid yang sedikit kita akan tetap bela,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah di sini.


Hishammuddin berkata, kementerian juga sudah mengenal pasti beberapa pendekatan seperti penggunaan sekolah kabin, pemberian insentif kepada guru dan pelbagai bantuan lain untuk meningkatkan mutu sekolah luar bandar.

“Saya tidak mahu seorang pun terpinggir,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat yang mendakwa sekolah di bandar mendapat kadar bantuan kewangan yang lebih berbanding sekolah di luar bandar.


Mengenai program Kampus Astro itu, Hishammuddin berharap pihak Astro akan mengadakan sesi latihan kepada guru.

Melalui program itu, Astro membekalkan alat perakam video peribadi, set televisyen dan kandungan pembelajaran bertaraf dunia kepada lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk tempoh selama tiga tahun.

Antara saluran yang diberikan secara percuma ialah Bernama TV, RTM 1 dan 2, Astro Awani, Discovery Channel dan National Geographic.

Fasa pertama program itu meliputi sekolah di Sabah dan Sarawak bermula Februari tahun ini manakala fasa kedua meliputi Semenanjung. - Bernama
Monday, February 2, 2009

Foto Perkahwinan Cikgu Azlina

Mungkin ada yang dah lupa, dan mungkin ada yang masih ingat pada Cikgu Azlina. Ya Azlina Terangganu yang pindah ke sekolah di Gombak. Beliau baru-baru ini menghantar gambar perkahwinannya.

Ewah-ewah, setakat pindah sekolah baru, makin cantik pulak ye. Hehe, sebenarnya berita yang diterima Cikgu Azlina (mantan guru tahun satu) ni, sangat sibuk, beliau ke Melaka baru balik menghadiri kursus.

Selain ini, memegang jawatan AJK guru LADAP dan membantu Ustazah. Semoga cepat dapat timbang eh timbang pulak, timang anak. Selamat Maju Jaya.

Komen


Maklumat Laman Web Sekolah

Terima Kasih atas kunjungan anda. Web ini baru dibaik pulih setelah dimasuki virus beberapa bulan yang lalu. Kami telah mengganti dari sistem php ke sistem blog.

Klik sini ->Blog Cikgu Noorhisham

Lawati dan Ikut Bergabung di Facebook SKB

Klik Here http://www.facebook.com/skbangijer

Followers