Tuesday, August 31, 2010

Taklimat ke Sekolah Asrama Penuh

BANGI. 01 September 2010. Pihak pengurusan SK Bangi hari ini menyampaikan taklimat khas berkenaan kemasukan ke sekolah asrama penuh kepada murid-murid tahun 6. Semua murid telah mendapat salinan kertas Panduan Permohonan ke Sekolah Asrama Penuh. Terdapat 59 buah sekolah berasrama penuh yang boleh di masuki oleh murid-murid.

Sementara itu, berita gembira buat murid tahun 6, kesemua mereka akan disalurkan ke Sekolah Menengah Bandar Sri Putra tahun 2011. Jarak perjalanan yang dekat boleh menjimatkan kos persekolahan, dan urusan memantau oleh ibu bapa serta jiran dapat dilakukan. Selama ini terdapat murid yang ke sekolah menengah, mereka tidak masuk kelas, bahkan memonteng tanpa sepengetahuan ibu bapa mereka.

Guru Bimbingan turut berpesan, jika ada yang ingin ke sekolah menengah agama, banyak sekolah di Timur dan Utara tanah air menyediakan suasana pembelajaran yang baik. Tahun lepas pun, ramai juga pelajar perempuan yang berminat untuk ke sekolah agama.

Manakala besok (2/09/10) adalah program solat hajat, semua murid diwajibkan hadir bermula jam 6.30 petang. Majlis berbuka puasa juga diadakan serentak.

Thursday, August 12, 2010

Sambutan Bulan Panitia Agama Islam

BANGI. 13 Ogos 2010. Murid-murid tidak mahu bangun, walaupun acara perasmian pagi sudah selesai, ini semua gara-gara persembahan yang cukup menikam qalbu. Lagi pun suasana pagi masih belum habis, mentari pun seakan baru bangun tidur.

Berikut sedutan gambar yang sempat dimuat naik. Paparan Video juga turut dimuatkan, anda boleh menontonnya sedikit masa lagi.
Pengacara Majlis Dwibahasa





Banyak gambar cikgu lak

Ucapan Alu-aluan Majlis

Baru gambar murid
La, gambar cikgu lagi
Ucapan Puan Guru Besar
Pemain Drum
Kumpulan Apa Ntah
Last Snap
Noorhisham Hamzah
Wednesday, August 11, 2010

Bantu Diri Untuk Berjaya

Salam, banyak cara untuk berjaya. Cikgu nak kongsi kan beberapa tips orang yang berjaya.

1. Yang pertama jiwa kamu hendaklah keras, mempunyai semangat yang kuat dan keras untuk berjaya.

2.Bantulah juga dengan pemakanan, kerana kita memerlukan bantuan tambahan untuk menajamkan otak.



Hindari pelbagai masalah dengan rakan. Cuba bertenang, jangan bertindak melulu, kelak akan menyesal, kalau nak marah pun, periksa lah dulu, jangan terus tuduh dan pukul kawan, akhirnya bila soal siasat, ternyata bukan dia yang jatuhkan beg kita, tetapi jatuh sendiri.

Lawatan ke Rumah Murid

BANGI. 12 Ogos 2010. PIhak sekolah mengadakan lawatan ke rumah murid yang sering tidak hadir ke sekolah kerana ibunya mengalami sakit kanser.

Sedikit sumbangan dari guru kelas

Baru tiba di perkarangan rumah Taman Bangi Indah


Perbincangan mengenai anak yang kadang-kadang terpaksa tidak hadir



Guru kelas mendengar dengan tekun

Lawatan ini disertai guru kelas, Guru Bimbingan dan Puan Norizah Selaku GPK HEM memberikan kata semangat supaya terus bersabar.
Tuesday, August 10, 2010

Sambutan Bulan Patriotik



Saksikan...

Komen


Maklumat Laman Web Sekolah

Terima Kasih atas kunjungan anda. Web ini baru dibaik pulih setelah dimasuki virus beberapa bulan yang lalu. Kami telah mengganti dari sistem php ke sistem blog.

Klik sini ->Blog Cikgu Noorhisham

Lawati dan Ikut Bergabung di Facebook SKB

Klik Here http://www.facebook.com/skbangijer

Followers