Sunday, November 28, 2010

Pulangnya Puan Hjh Misiah

Seorang lagi guru Sk Bangi, yang pulang dari Mekah... Puan Hajjah Misiah binti Husin dan suaminya. Pulangnya dari Mekah adalah ibarat pulang mensucikan dosa-dosa. Kemudian menjalani kehidupan baru, walau ditempat yang sama.

Sungguh bertuah orang-orang yang dapat menjejakkan kaki ke tanah suci, berdoa dan meminta ampun. Amat malang orang yang pergi haji, sedangkan perangainya sama ketika sebelum dan selepas pergi.

Yang merokok masih menggantung bara di bibir. Yang suka melepak kedai kopi, masih meneruskan budaya lama hingga azan di surau dan masjid berkumandang.
Thursday, November 18, 2010

Kenangan November 2010 di SKB




Saturday, October 2, 2010
Thursday, September 30, 2010

Majlis Hari Raya dan Doa Selamat

30 September 2010. Malam ini 2 acara berlaku serentak, yang pertama Sambutan Hari Raya peringkat sekolah dan doa selamat kepada 4 orang bakal haji dari SK Bangi yang akan berangkat tidak lama lagi.

Hadirin yang terdiri daripada guru-guru, ibu bapa, AJK PIBG, mantan jawatankuasa PIBG, Jamaah Yayasan Siratal MUstaqim, keluarga guru, guru lama yang sudah berpindah dan pencen, dan staf SK Bangi turut diraikan.
Sunday, September 26, 2010

Ladap SKB di luar Sekolah

25 September 2010. SEPANG. Guru-guru SK Bangidan staf sokongan telah mengikuti lawatan ke Ladang Cendawan milik En.Nabil bin Sanusi. Beliau yang baru berusia 39 tahun telah menikmati kehidupan yang agak selesa atas usaha gigih selama ini.

Penulis dan 4 orang rakan membawa DSLR untuk mencuri kesempatan mengambil gambar. Hari ini saya belajar banyak perkara tentang penggunaan kamera DSRL.

Biasanya saya menggunakan mode P untuk mengambil gambar, dan langsung tidak pernah menggunakan mode M, namun hari, atas bantuan dan tunjuk ajar suami Cikgu Afidah, saya berjaya menggunakan mode M dengan baik.

Terima Kasih tuan.. atas ilmunya.. Gambar atas, Cikgu Faizal, GPK Kokurikulum turut membawa D5000 nya.


En.Nabil menyampaikan taklimatnya, di sebelah kanan ialah cendawan yang diambil dari tempat pembiakannya.
Pengerusi BKG En.Firdaus berdiri sebelah kiri bersama En.Nabil
Snap..jangan snake sudah...bahaya

Orang lama SKB

Peluang bergambar tidak dilepaskan... Masa nak balik...

Alamak, kereta yang Cikgu Amin bawa tersangkut...terpaksalah gotong-royong ramai-ramai menolaknya

Rombongan kemudian bergerak menuju ke lokasi penternakan ikan keli bersebelahan Nur Bukit UNggul



Salah seorang guru melihat sambil memikirkan kejadian Tuhan Maha Pencipta


Gambar semasa pulang, bunga raya di tepi jalan
Tuesday, August 31, 2010

Taklimat ke Sekolah Asrama Penuh

BANGI. 01 September 2010. Pihak pengurusan SK Bangi hari ini menyampaikan taklimat khas berkenaan kemasukan ke sekolah asrama penuh kepada murid-murid tahun 6. Semua murid telah mendapat salinan kertas Panduan Permohonan ke Sekolah Asrama Penuh. Terdapat 59 buah sekolah berasrama penuh yang boleh di masuki oleh murid-murid.

Sementara itu, berita gembira buat murid tahun 6, kesemua mereka akan disalurkan ke Sekolah Menengah Bandar Sri Putra tahun 2011. Jarak perjalanan yang dekat boleh menjimatkan kos persekolahan, dan urusan memantau oleh ibu bapa serta jiran dapat dilakukan. Selama ini terdapat murid yang ke sekolah menengah, mereka tidak masuk kelas, bahkan memonteng tanpa sepengetahuan ibu bapa mereka.

Guru Bimbingan turut berpesan, jika ada yang ingin ke sekolah menengah agama, banyak sekolah di Timur dan Utara tanah air menyediakan suasana pembelajaran yang baik. Tahun lepas pun, ramai juga pelajar perempuan yang berminat untuk ke sekolah agama.

Manakala besok (2/09/10) adalah program solat hajat, semua murid diwajibkan hadir bermula jam 6.30 petang. Majlis berbuka puasa juga diadakan serentak.

Thursday, August 12, 2010

Sambutan Bulan Panitia Agama Islam

BANGI. 13 Ogos 2010. Murid-murid tidak mahu bangun, walaupun acara perasmian pagi sudah selesai, ini semua gara-gara persembahan yang cukup menikam qalbu. Lagi pun suasana pagi masih belum habis, mentari pun seakan baru bangun tidur.

Berikut sedutan gambar yang sempat dimuat naik. Paparan Video juga turut dimuatkan, anda boleh menontonnya sedikit masa lagi.
Pengacara Majlis Dwibahasa





Banyak gambar cikgu lak

Ucapan Alu-aluan Majlis

Baru gambar murid
La, gambar cikgu lagi
Ucapan Puan Guru Besar
Pemain Drum
Kumpulan Apa Ntah
Last Snap
Noorhisham Hamzah
Wednesday, August 11, 2010

Bantu Diri Untuk Berjaya

Salam, banyak cara untuk berjaya. Cikgu nak kongsi kan beberapa tips orang yang berjaya.

1. Yang pertama jiwa kamu hendaklah keras, mempunyai semangat yang kuat dan keras untuk berjaya.

2.Bantulah juga dengan pemakanan, kerana kita memerlukan bantuan tambahan untuk menajamkan otak.



Hindari pelbagai masalah dengan rakan. Cuba bertenang, jangan bertindak melulu, kelak akan menyesal, kalau nak marah pun, periksa lah dulu, jangan terus tuduh dan pukul kawan, akhirnya bila soal siasat, ternyata bukan dia yang jatuhkan beg kita, tetapi jatuh sendiri.

Lawatan ke Rumah Murid

BANGI. 12 Ogos 2010. PIhak sekolah mengadakan lawatan ke rumah murid yang sering tidak hadir ke sekolah kerana ibunya mengalami sakit kanser.

Sedikit sumbangan dari guru kelas

Baru tiba di perkarangan rumah Taman Bangi Indah


Perbincangan mengenai anak yang kadang-kadang terpaksa tidak hadir



Guru kelas mendengar dengan tekun

Lawatan ini disertai guru kelas, Guru Bimbingan dan Puan Norizah Selaku GPK HEM memberikan kata semangat supaya terus bersabar.
Tuesday, August 10, 2010

Sambutan Bulan Patriotik



Saksikan...
Sunday, July 25, 2010

Gotong Royong Perdana Sk Bangi



















Tarikh : 24 Julai 2010
Jam : 7.45 - 12.30
Guru + Pekerja + Staf sokongan + pekerja kantin = 80
Murid : Tahao 2 = 300
Ibu Bapa : 20
KUIS : 50 orang


Objektif :
1. melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimun
2. meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dlm prog kebersihan dan keceriaan sekolah iaitu guru, murid, ibubapa, pekerja keberishan, pengawal keselamatan, pekerja kantin sekolah , staf sokongan dan pelajar KUIS
3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan keceriaan serta menghargai kemudhan yg disediakan
4. Mengembling tenaga bagi memastikan SK BAngi -Sekolah Bebas Denggi



Gabungan Unit 3K , Kemahiran Hidup dan Sivik Kewarganegaraan.











Pelajar KUIS bersama pelajar SK Bangi berganding bahu


En. Tumirin bersama pelajar





antara pelajar KUIS yang hadir




Pekerja Swasta bersama murid sk bangi

Kawasan yang sudah dicat

Komen


Maklumat Laman Web Sekolah

Terima Kasih atas kunjungan anda. Web ini baru dibaik pulih setelah dimasuki virus beberapa bulan yang lalu. Kami telah mengganti dari sistem php ke sistem blog.

Klik sini ->Blog Cikgu Noorhisham

Lawati dan Ikut Bergabung di Facebook SKB

Klik Here http://www.facebook.com/skbangijer

Followers