Wednesday, February 1, 2012

Alumni Berkecimpung Membantu Pembangunan Sekolah

KHAMIS.02 Feb 2012. Pihak sekolah SK Bangi hari ini menerima kedatangan tetamu dari Belia 4B Bangi. Mereka terdiri dari bekas pelajar SK Bangi yang diketuai Encik Nur Azlan bin Hamzah. Adapun tujuan kedatangan mereka ialah berhasrat ingin membantu pembangunan dan pelaksanaan program sekolah. 

Pada peringkat awal, sekolah sedang memberi tumpuan untuk membina semula kelas lama (sebelah makmal komputer) untuk dijadikan surau. Pihak sekolah menerima dengan perasaan gembira dan sayu atas keprihatinan alumni bangkit untuk membantu, sementelahan disaat sekolah sedang kekurangan dana untuk segala macam program.

Diharap kepada semua alumni, yang jauh dan dekat agar dapat tampil membantu sekolah bersama -sama dengan mereka ini. 

Untuk rekod, minggu lepas juga 2 orang alumni yang sedang berada di universiti datang berhajat mengadakan program Gerak Kepimpinan kepada pemimpin sekolah ini secara percuma. Mereka sedang berganding bahu mencari dana untuk menjayakan program terdekat dan penting ini. Syabas kepada alumni yang telah terbersik dihati anda keinginan untuk membantu sekolah. 

Dalam sebuah Filem Laskar Pelangi, seorang guru berkata kepada muridnya, "Jadilah engkau orang yang memberi sebanyak-banyaknya, sebaliknya janganlah engkau mengharap dari orang pemberian sebanyak-banyaknya". Hiduplah untuk memberi.  

0 comments:

Komen


Maklumat Laman Web Sekolah

Terima Kasih atas kunjungan anda. Web ini baru dibaik pulih setelah dimasuki virus beberapa bulan yang lalu. Kami telah mengganti dari sistem php ke sistem blog.

Klik sini ->Blog Cikgu Noorhisham

Lawati dan Ikut Bergabung di Facebook SKB

Klik Here http://www.facebook.com/skbangijer

Followers